terima kasih kerana meninggalkan link anda di blog ini..:)

myNUFFNANG

myNUFFNANG

Monday, December 19, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 18 (1)



Setelah lama tak bersiaran.. (bila sebut bersiaran.. automatik saya teringatkan Datin Normala Samsudin, sebab perkataan tu pertama saya dengar dari dier semasa dier mengacarakan rancangan NONA) akhirnya muncul entry terbaru dari saya.. buat permulaan saya share dulu la cerita2 lapok... lepas ni.. bila dah rajin mengusung kamera.... saya share plak yang latest...


Untuk entry yg pertama selepas lama menyepi ni.. nak amek berkat dan semangat kecemerlangan saya keluarkan dulu cerita mengenai hari anugerah cemerlang di sekolah dina..:)


Kejadian berlaku pada tarikh yang cun melecun iaitu 11.11.11... haaa... bukan jer para pengantin baru yang bercita-cita nak menikah pada tarihkh tersebut... sekolah pun amek tarikh tersebut nak buat anugerah cemerlang....


pada tarikh tersebut ... {sebenarnya sepanjang minggu tu saya sangat sibuk..! cadangan asal saya nak ambil cuti untuk attend hari anugerah cemerlang sekolah dina pada 11.11.11 dan concert day tadika fikry pada 10.11.2011.. tapi sebab saya perlu berada di MAEPS, Serdang pada kedua2 hari tersebut.. so terpaksa saya membelahkan badan jadi dua.. supaya saya x terlepas saat2 indah untuk dikenang bila2 dah tua nanti.. (poyo jer statement ni kan..?? hahaha) - sangat penat actually nak berkejar Putrajaya-MAEPS, Putrajaya-MAEPS-Putrajaya dalam satu hari.. tapi demi anak kejarkan juga la...} nasib baik la mr. hubby agak free pada pagi tu.. so pagi tu dier datang dulu ke sekolah... sementara saya plak, pesan ngan hubby.. bila budak2 pra sekolah naik pentas untuk graduation.. pls sms me bagitau...



pukul 10 hubby sms.. bagitau budak pra sekolah dah start naik pentas amek sijil... so apa lagi.. zasss.. terus saya pecut ke sekolah dari MAEPS... nasib baik la.. masa saya sampai tu penyampaian anugerah untuk tahun 1 belum bermula... lega saya...saya x nak terlepas peluang tengok dina naik pentas untuk ambil hadiah...


gambar actually tak banyak yang saya dan hubby sempat snap... hubby snap ngan ipad dier.. tapi gambar agak x clear... gambar2 dalam entry ni saya ambil dari handphone saya... yang dalam camera plak.. ader 1 atau 2 keping jer.. saya dah lama x guna kamera tu.. so.. dalam terhegeh2 nak set itu ini kat kamera.. dina dah siap amek hadiah tempat pertama ... so untuk hadiah2 lepas tu saya decide guna camera phone saya jer la...


gambar atas tu persembahan tarian moden... mungkin dari budak2 tahun 5 dan 6 kot... sangat best tau tarian ni.. n budak2 ni kan badan langsing2.. so nampak hidup sangat2 dierang menari tu...


actually banyak persembahan yang budak2 ni buat.. tapi saya x snap pun ...








the only picture yang ada dalam henpon masa dina tengah amek hadiah tempat pertama kelas KAFA....








ni la semua sekali yang dina dapat pada hari tu... (tempat pertama tahun 1, tempat pertama kelas KAFA, terbaik math, english, muzik dan apa ntah 1 lagi.. terlupa plak saya..) TAHNIAH untuk dina... perlu ingat, ni baru permulaan.. panjang lagi perjalanan dina untuk sampai ke peringkat tertinggi.. mama doa kan semoga dina kekal cemerlang dunia dan akhirat.. ameen...









No comments:

Post a Comment