terima kasih kerana meninggalkan link anda di blog ini..:)

myNUFFNANG

myNUFFNANG

Friday, August 3, 2012

RESEPI : ALA2 ROTI BOY


**pic cnp dari web roti boy.thx

kali ni nak share resepi plak...resepi asal saya ambil dari FB jom masak : PAPA ROTI .. saja simpan sini untuk rujukan saya dan lain2 untuk masa depan nanti boleh try kat rumah kan...

Bahan Inti:
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

*2sdb peanutbutter-jm tmbah..
Cara membuatnya:
Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen+gula perang. Pukul sebati..Simpan dlmm bekas bertutup dalam peti ais..
*JM guna whisk je..
*JM tk simpan..terus buat..




 Topping:
100gm mentega
80 gm gula icing @ gula halus)
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
*JM guna emulco kopi.. 1sdb
100 gm tepung gandum

Cara membuatnya:
Putar mentega medium speed 5 minit.Masukkan telur, gula icing dan kopi segera. Ayakkan tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. simpan dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan.
*JM tk ayak tpg n tk simpan peti pun..

Doh Roti

 500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener (optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul
*JM guna shortening..sbb takder bread softener

250 ml air/ susu segar (kalau guna susu tkperlu guna ssu tpg)
60 gm mentega






Cara membuatnya:
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

2. Masukkan telur dan air & susu segar.

3. Uli doh.. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @shingga licin..
*Jm tunggu naik dulu..baru bhgikan..

4. Bahagikan doh mengikut suka besar mana..

5. Letakkan inti..tutp semula mcm wat pau..

6. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.

7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba..@ tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain..agar doh dapat haba..

8. Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dn masukkn dlm piping bag..toppingkan pda roti yg dah naik..

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun keperangan.Letakkan loyang pada medium pan..(tgh oven)..

**resepi dari FB JOM MASAK. tq




No comments:

Post a Comment