terima kasih kerana meninggalkan link anda di blog ini..:)

myNUFFNANG

myNUFFNANG

Wednesday, September 26, 2012

HANIS HAIZI IN BERITA HARIAN

 
 
 
 
Hai all, petang2 ni mesti boring kan... mesti hati pun dah ader separuh je kat opis... separuh lagi dah balik umah... dah masuk shopping mall (maklum la semalam kan gaji)...hahah...
 
ok hari ni saya nak cerita mengenai mentor/leader saya dalam bisnes premium beautiful...saya kenal beliau pun secara kebetulan.. kenal melalui alam maya juga... masa tu saya tengah cari nama seorang kenalan.. dan nama kenalan saya tu keluar sebaris dengan nama beliau... 
 
mulanya saya just baca sepintas lalu jer mengenai beliau.. tapi ntah kenapa hati terdetik nak bukak blog beliau.. dari situ saya tahu beliau buat bisnes premium beautiful dan dilakukan secara online sahaja...which is saya tak terfikir pun dengan buat bisnes secara online pun kita boleh generate berpuluh2 ribu income sebulan...  dan dalam masa setahun beliau berjaya mencapai pangkat tertinggi dan membina empayar sendiri di bawah nama GREEN LEADER GROUP.. beliau muda tapi sangat berwawasan... beliau suri rumah sahaja tapi sangat bermatlamat...dan beliau adalah CDM HANIS HAIZI
 
 so hari ni saya nak share satu article about her... maybe this article dah lame..back in 2011..
 
 
______________________________________________
 
 
HANIS JANA PENDAPATAN 6 ANGKA

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

snur@bharian.com.my

2011/03/17
 
 
**antara koleksi kasut dan beg tangan pereka terkenal yg beliau miliki
 
 
PERNAH menyalahkan keputusan ibu bapa membenarkan dia berkahwin sebelum menamatkan pengajian di kampus dan lebih menambah tekanan, dia disahkan hamil anak pertama sejurus selepas pernikahan
 
Akui Hanis Haizi Abdul Hamid, ketika berkahwin, usianya baru memasuki angka 22 manakala suami, Razali Mohamed Zain, 25.

“Betul seperti dikata, orang muda memang tidak matang dan disebabkan hanya suami yang mencari rezeki, kehidupan kami sekadar cukup untuk hidup saja.

“Namun begitu, keinginan memiliki barangan peribadi berjenama memang tinggi memaksa saya berhutang kad kredit malah saya pernah memiliki hingga lapan kad pada satu masa,” katanya memulakan bicara
 
 
Hanis Haizi, keluarga mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya tapi apabila melihat adik-beradik lain hidup senang, dia juga teringin sehingga memaksanya berhutang.

“Bagaimanapun, ketika sedang hamil anak kedua, barulah saya tergerak hati untuk berubah demi meringankan beban suami dan juga bagi memenuhi cinta saya terhadap barangan berjenama,” katanya jujur.

Kini, Hanis Haizi bukan lagi manusia kalah yang hidup dibebani hutang malah semua kad kredit yang dulunya menjadi ‘nyawa’ untuknya sudah diganti kad debit.

Segala-galanya bermula pada awal 2009 ketika ibu muda berusia 27 tahun itu nekad mencari kerja. Bagi menenangkan perasaannya ketika itu, wanita yang senang disapa sebagai Hanis itu turut melakukan solat istikharah, meminta petunjuk daripada Yang Maha Kuasa.
 
 
“Besar kuasa Allah kerana selang empat hari selepas itu, seorang rakan menghubungi dan memperkenalkan saya kepada perniagaan korset Premium Beautiful (PB) Hai-O.

“Berbekalkan modal sebanyak RM20,000 yang dipinjam daripada ibu, saya nekad memasarkan PB secara dalam talian sejak dua tahun dulu,” katanya.

Membanggakan, dalam tempoh singkat, Hanis bukan setakat mampu tapi hidup mewah dengan pendapatan mencecah RM150,000 sebulan malah berpeluang mengumpul koleksi kasut dan tas tangan jenama mewah bagi memenuhi hobinya sebelum ini.

“Bulan pertama, saya mendapat keuntungan jualan sebanyak RM3,000 dan tanpa berlengah, saya tempah sepasang baju rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini berharga RM1,500 sebagai motivasi untuk diri sendiri manakala selebihnya disimpan,” katanya.

Sejak mula terbabit dalam jualan langsung juga, Hanis menetapkan senarai impiannya. Antaranya, mahu sebuah kereta, rumah sendiri, himpunan tas tangan mewah dan melancong ke Tokyo, Jepun.

“Selama berkahwin, ke sana ke mari hanya dengan kereta Proton Wira berusia lebih 10 tahun dan menjadi impian saya untuk memiliki sebuah kereta yang selesa.

“Syukur kerana dalam tempoh setahun, saya mampu mencapai semua impian berkat doa serta dorongan suami dan keluarga,” katanya.

Sesiapa yang mengikuti blog wanita ini pastinya tahu tahap ‘kegilaannya’ terhadap tas tangan serta kasut jenama mewah dan akui Hanis, pembelian koleksi mahal itu, ‘habuan’ tanda motivasi untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan.

Dek kerana itu, Hanis akan memastikan dia membeli sekurang-kurangnya tiga atau empat tas tangan jenama mewah setiap bulan. Bukan calang-calang jenama kerana himpunan tas tangannya adalah daripada jenama mewah seperti Chanel, Prada, Chloe, MiuMiu, Burberry dan Marc Jacobs.

"Saya suka berangan bergelumang hidup dengan barangan mewah sejak dulu. Suka menonton rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians kerana gemarkan fesyen dan kecantikan.

“Kecintaan terhadap dunia kecantikan jugalah yang meletakkan saya di tahap sekarang. Boleh dikatakan, saya berniaga kerana ingin memenuhi hobi memiliki barangan berjenama,” katanya sambil membelek tas Chanel Maxi Caviar kesayangannya.

Sejak 2010, Hanis turut mengumpul koleksi kasut dan sehingga kini, koleksi Salvadore Ferragamo menjadi kegilaannya.

“Dulu, ketika tidak berduit, saya fikir tidak sanggup berhabis membeli kasut berharga ribuan ringgit yang sudahnya hanya dipakai di kaki tapi apabila sudah ‘terbeli’, saya jatuh cinta kerana kehalusan kerja dan keselesaan.

“Dalam perniagaan juga, barangan berjenama memainkan peranan penting yang dapat mengubah persepsi awal pelanggan apabila bertemu malah kita sendiri pun rasa yakin,” katanya ramah.

Bergelar Crown Diamond Manager (CDM) Premium Beautiful tidak semudah yang disangka malah dia menolak andaian, semua yang menyertai perniagaan MLM bakal bergelar jutawan dalam tempoh singkat.

“Tanam dalam hati, tiada benda yang mustahil. Platform MLM senang untuk diceburi kerana produk sudah sedia ada malah perniagaan juga dimulakan dengan bertunjangkan pemimpin yang sedia mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar. Saya tidak mempunyai ramai rakan karib tetapi berusaha memasarkan produk di blog,” katanya.

Cerita lulusan Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini lagi, pahit manis sebelum menikmati indahnya kejayaan akan sentiasa dijadikan iktibar untuknya terus memajukan diri.

“Saya pernah menangis di depan suami apabila pelanggan pertama tidak jadi membeli PB selepas penat menerangkan kelebihan produk ini. Ada juga teman sekampus mencemuh apabila tahu saya menyertai MLM malah tidak kurang juga beranggapan saya tidak berpelajaran tinggi, kerana itu menyertai MLM.

“Pernah juga pergi dari rumah ke rumah untuk memasukkan risalah mengenai PB dalam setiap kotak pos serta menyelitkan risalah sama di akhbar.

“Kata-kata semangat daripada suami mendorong saya mengharungi asam garam itu dan saya anggap segala kepayahan itulah banyak mengajar saya untuk menjadi orang berjaya hari ini,” katanya.

Buktinya, perniagaan korsetnya kini tersebar luas bukan setakat di kalangan wanita tempatan malah dia mengakui turut menerima pesanan PB daripada pelanggan di United Kingdom, Jerman, Australia, Brunei, Asia Barat, Eropah dan Jepun.

Kini, impian anak kepada pasangan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan Datin Kasmah Hashim ini adalah untuk mewujudkan jaringan rakan kongsi yang lebih luas.

“Saya tidak mahu dikatakan menumpang kemewahan keluarga dan saya juga tidak mahu berjaya seorang diri. Impian saya, melihat lebih ramai pemimpin berjaya lahir di bawah CDM Hanis Haizi dan lebih penting, tahun ini, saya berazam untuk memiliki simpanan sebanyak RM1 juta ringgit,“ katanya penuh semangat.

PROFIL: Hanis Haizi Abdul Hamid

Kerjaya: Ahli perniagaan MLM
Kelulusan: Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Suami: Razali Mohamed Zain
Anak: Muhammad Hariz Rifqi, tiga tahun setengah dan Muhammad Haikal Razik, setahun.
Laman web: www.hanishaizi.com
 
 

No comments:

Post a Comment