terima kasih kerana meninggalkan link anda di blog ini..:)

myNUFFNANG

myNUFFNANG

Friday, November 2, 2012

RAHSIA MASAKAN SEDAP





Nak jamu suami makan.. mesti nak masak yangs edap2 kan.. nak bagi anak2 makan pun.. walaupun anak kecik lagi... tak tahu nak rasa terlebih garam ke, manis ke masam ker... tapi mesti nak bagi anak2 makan yang sedap2 juga kan...nak jamu tetamu makan.... pun nak bagi santapan yang lazat dan sedap2 kan...
 
 
tak semestinya tambah ajinomoto jer boleh sedap... tak mesti nyer tambah serbuk cukup rasa maggi baru sedap... tapi saya memang tak amalkan guna serbuk perasa dalam masakan saya... tapi anak2 tetap puji masakan saya... tambah2 ayie... tiap kali masak mesti dier kata masakan saya sedap.. tiap kali masak.. mesti dier kata .. esok mama masak macam ni lagi tau... sorry.. ai nak angkat bakul masuk dalam lif... hheheh
 
 
contohnya...
 
 

 
 
puas hati bila kita masak .. semua suka... makna nyer.. tak la membazir kan... ??
 
 
kat atas tu saya masak nasi minyak.. resepi nasik minyak cam biasa amek kat internet... saya tak ingat dah cedok resepi saper... tapi memang sedap la nasik minyak ni...kurma daging, ayam goreng berlada dan acar timun tak payah resepi... kira dah expert la... :)
 
 
saya masak banyak juga.. 4 pot beras.. makna nya untuk 2 keluarga makan... 1 bahagian saya bagi kat jiran sebelah rumah yang baru pindah.. satu bahagian lagi family makan la...
 
 
saya bagi hubby, dina dan ayie makan dulu... sementara saya suapkan hadif dan sarah.. bila siap suap sarah dan hadif.. saya tengok tinggal ni je untuk saya makan... huhu... tak cukup tau... anak2 mesti la puji.. kata sedap dan minta masak lagi...hubby pulak lagi la puji... dier kata sedap la... macam rasa makan kat resoran insaf ... hahah... bang.. restoran insaf jual nasik beriani jer.. mana ada nasik minyak... apa la abg ni.. nak puji biar la logik sket kan... tapi.. tak logik pun.. dalam hati tetap ada taman...
 
 
ok.. sudah terlebih merepek... sebenarnya saya nak share doa dan zikir ketika memasak...semoga makanan yang kita masak tu lebih berkat untuk dijamu pada orang2 yang kita sayang...insyaallah...
 
 
 
        Doa Masuk Dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَ
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]




Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Source : Facebook dan Toksheikh
 
 









No comments:

Post a Comment