terima kasih kerana meninggalkan link anda di blog ini..:)

myNUFFNANG

myNUFFNANG

Thursday, December 6, 2012

RAHSIA DUDUK IFTIRASH

 
 
 
 
 
 



HADITH

Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
 2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
 3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
 4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.
 

KETERANGAN TENTANG CARA DUDUK IFTIRASH
Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah reflexology, bila dalam keadaan duduk iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki manakala kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.
Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

* Selamat beramal dan menyampaikannya. :-)


 

untuk pertanyaan/ order premium beautiful, lacto-lite, herba maharani, biozone :
u can call/sms/whatsapp :yuzimusa (013-385-8987)
tq

No comments:

Post a Comment